Welcome, Guest. Please login or register.
September 11, 2010, 03:16:05 AM

Login with username, password and session length

MyMatrixClub.Net Community

Facebook
Author: cencaluk

March 03, 2010, 11:58:55 PM

Views: 0
Rating: 0 (0 rates)
by cencaluk on May 02, 2007, 10:46:24 PM
Kata sahibul hikayat ada sebuah tempat di tanah Pahang, Cameron Highlands namanya. Maka suatu hari sekumpulan wira dengan gagah berani berhajat menjalankan sesi TT nun disana. Maka wira-wira tersebut mula berkumpul di Sabtu pagi, di Selatan dan di Utara. Maka Laksamana ashah mendapati dirinya saorang berada di benua Tapah, jam 8.30 pagi , dan Laksamana Dream dan Coollaant bertafakur di benua Simpang Pulai pada jam 10 pagi. Maka Sultan WLM558 tidak dapat dikesan kerana semboyan ajaib kehabisan jin letrik. Maka didapati Bendahara Cencaluk merasa amat keletihan dipaksa jadi polis trafik. Maka akhirnya Laksamana ashah bergegas bertemu Laksamana Coollaant dan Dream di benua Simpang Pulai, dan seterusnya mula mendaki gunung menuju ke Cameran Highlands. Maka kelihatan kuda kesayangan Laksamana ashah, WMK9567 terhoyong-hayang kerana tuannya cuba merakam gambar perjalanan dengan peti ajaib. Maka akhirnya mereka berjaya mencecah Cameron Highlands semasa matahari bersinar cerah dilangit.

Maka turunlah segala kaum kerabat Laksamana Dream dan Coollaant di teratak Desa Anthurium, dan mereka disambut dengan ramah mesra oleh Laksamana Kyrill pada pukul tiga petang, dan suasana meriah kelihatan terserlah dimuka tua dan muda. Maka gelagat anak-anak kecil menghiburkan hati kalian semua. Maka Laksamana Kyrill meminta diri dan mengucapkan selamat tinggal. Maka dengan berani Laksamana Dream, Coollaant dan Ashah bersama kaum kerabat mereka keluar memburu nasi ayam, nasi daging merah, nasi goreng USA dan jus strawberry kerana teramat laparlah mereka. Maka seterusnya wira-wira menjelajah wilayah apartment Maybank dan ditemui dengan gembira oleh Sultan WLM558 dan Laksama Jade01, walaupun mereka sesat sementara dan hampir terjerumus kedalam lembah perkampungan orang asli. Selepas diceritakan tentang teratak Desa Anthurium, maka Sultan WLM558 bertitah bahawa beta akan bergegas disana. Maka pulanglah rombongan dengan perasaan ceria belaka, ditemani Laksamana Jade yang telah membawa sekali hasil buruannya dibelakang kudanya yang setia.

Maka pada waktu senja kelihatan bahawa Sultan WLM558 dan Bendahara Cencaluk tiba, maka amat terperanjatlah rakyat jelata melihat kuda jadian kepunyaan Bendahara Cencaluk, tetapi akhirnya mereka buat derrk sahaja. Maka bermulalah sidang mesyuarat tingkap utama dimana pendapat-pendapat para Laksamana diutarakan dengan nyata. Maka semasa persidangan tersebut Laksamana Dream terpilih untuk membuat persediaan untuk rombongan ke benua Kedah nanti.

Maka tibanya lewat senja, rombongan bertolak dari Desa Anthurium dan tiba di pasar malam Brinchang. Maka kelihatan suasana yang luarbiasa, meriah dan indah. Maka laksamana Ashah dengan rakusnya menelan cendawan goreng, jagung dan strawberry disaluti coklat. Maka pulanglah semua ke teratak dengan rasa gembira.

Maka seterusnya wira-wira menjamah santapan tomyam istimewa yang disediakan oleh para isteri yang setia, dan bersembanglah mereka sehingga larut malam. Maka Bendahara Cencaluk dan Laksamana Ashah beransur ke teratak Royal Lily Apartment di Tanah Rata kerana kekurangan ruang di teratak Desa Anthurium.

Maka pada keesokkan hari, bertolak Bendahara Cencaluk dan Laksamana Ashah ke teratak Desa Anthurium, dan amatlah gembiranya mereka menjamah selera dengan nasi lemak yang disediakan oleh para isteri yang setia. Maka roti sadin pun ada. Maka rombongan seterusnya beredar dari teratak Desa Anthurium dan meneroka Ladang Strawberry Raju. Maka strawberry + cream + honey, strawberry with waffle dan strawberry with ice cream dinikmati oleh semua. Maka amat kerugianlah Laksamana IS kerana tidak bersama, dan strawberi kering sahaja habuannya.

Maka dengan itu terpaksalah Laksamana ashah berundur dari majlis yang meriah itu, dan turun bukit selaku Initial D belaka. Maka seterusnya diharapkan Laksamana Coollaant menyambung cerita.

Maka Laksama ashah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dah terimakasih kepada Laksamana Dream, Coollaant dan Jade01 atas kejayaan mereka.

Maka arca dari kotak ajaib dipaparkan di awan kelihatan diseluruh dunia:
http://picasaweb.google.com/ahmad.sahar/MyMatrixClubNetCameronHighlands
778 Views | Rating: (0 rates)
MyMc Photo Gallery
Picture 8


in
Reverse Camera

Viewed 176 times
Recent Topics
[September 08, 2010, 02:20:07 PM]

[September 07, 2010, 09:12:19 AM]

[September 01, 2010, 12:29:35 PM]

[August 04, 2010, 07:11:13 PM]

[August 03, 2010, 12:04:39 AM]

[July 24, 2010, 03:22:31 PM]

[July 21, 2010, 05:35:58 PM]

[July 19, 2010, 05:05:59 PM]
Powered by SMF 1.1.8 | SMF © 2006-2008, Simple Machines LLC
TinyPortal v0.9.8 © Bloc | Adagio design by Bloc